fbpx

JAWI | Retreat Hala Tuju bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Retreat Hala Tuju JAWI bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Klana Beach Resort Port Dickson bermula 8 hingga 10 Julai 2020.

Retreat ini diadakan untuk JAWI terus merancang program yang dapat memberikan impak yang besar kepada masyarakat serta melakukan penilaian semula terhadap program yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri dalam ucapan amanatnya kepada semua ahli retreat yang hadir menzahirkan harapannya agar syiar agama dapat ditegakkan serta JAWI menjadi contoh kepada agensi-agensi agama yang lain.

Turut hadir dalam retreat sepanjang tempoh 3 hari ini adalah Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, Timbalan-Timbalan Pengarah Pengurusan dan Operasi serta Ketua-Ketua Bahagian di JAWI.

JAWI merupakan organisasi peneraju dalam memartabatkan hal ehwal Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan dengan slogan ‘Sentiasa Dicontohi’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *