fbpx

JAWI EDARKAN BUKU ‘INILAH DOAKU & SOAL JAWAB FIQH COVID19’ KE MASJID DAN SURAU JUMAAT SELURUH WILAYAH PERSEKUTUAN

1 JULAI : Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail pagi ini telah menyerahkan buku bertajuk ‘Inilah Doaku & Soal Jawab Fiqh Covid19’ terbitan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada semua Pegawai Tadbir Agama Zon (PTAZ) untuk diedarkan di Masjid dan Surau Jumaat seluruh Wilayah Persekutuan.

Buku ‘Soal Jawab Fiqh Covid19’ menghimpunkan pelbagai soalan lazim yang sering dikemukakan berkaitan hukum danpermasalahan yang dihadapi masyarakat dalam suasana wabak Covid-19 yang sedang melanda.

Manakala buku ‘Inilah Doaku’ menghimpunkan 35 doa yang wajar dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Semoga penerbitan buku ini dapat dimanfaatkan bersama sebagai bahan bacaan dan rujukan para jemaah masjid dan surau yang hadir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *