fbpx

JAKIM Menuju Ke Arah Lebih Inovatif

26 JUN : YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mahu semua warga JAKIM untuk terus meningkatkan professionalisme bagi membawa JAKIM sebagai sebuah jabatan yang menerajui kemajuan umat Islam di Malaysia dengan lebih inovatif.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat semasa Retreat Hala Tuju JAKIM Bersama YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang sedang berlangsung di Putrajaya pada hari ini dan esok. Turut hadir hari ini, YB Ustaz Marzuk Shaary, Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam membawa amanah sebagai agensi yang berinovasi, JAKIM juga perlu lebih proaktif dan sentiasa terus menunjukkan prestasi tinggi dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Bengkel yang dihadiri oleh pengurusan kanan JAKIM ini bertujuan membincangkan hala tuju dan program berimpak tinggi di JAKIM dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Selain memberi fokus kepada agenda 2020 JAKIM, YB Menteri juga memberi penekanan terhadap isu kebajikan warga kerja terutama pegawai dan kakitangan kader yang ditempatkan di luar ibu pejabat, sesungguhnya mereka merupakan duta dan kebanggaan JAKIM di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *