fbpx

CERAMAH KHAS SIRI 2 BERSAMA SENIOR PRESIDENT (SYARIAH COURT) SINGAPURA

CERAMAH KHAS SIRI 2 BERSAMA SENIOR PRESIDENT (SYARIAH COURT) SINGAPURA

25 Jun 2020: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini telah berjaya menganjurkan Ceramah Khas Siri 2 bersama Senior President (Syariah Court) Singapura, YAA Tuan Alfian Yasrif bin Kuchit. secara atas talian menggunakan perisian Cisco Webex Meetings.

Sesi ceramah ini melibatkan pengamal undang-undang yang terdiri dari pegawai syariah dan peguam syarie seluruh Malaysia bagi mendengar ceramah berkaitan Sejarah Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam dan Bidangkuasa Mahkamah Syariah Singapura.

Sesi yang diadakan tepat jam 2.00 petang dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang mana YAA Dato’ Dr. amat berbesar hati dengan kesudian YAA Tuan Alfian berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan perundangan syariah di Singapura.

YAA Dato’ Dr. turut menerangkan bahawa siri perkongsian seperti ini boleh memberikan percambahan idea untuk kedua-dua negara bagi menguruskan kes dengan lebih baik di masa hadapan.

YAA Tuan Alfian sempat berkongsi tentang sejarah perundangan syariah di Singapura terutama semasa zaman penjajahan British termasuk penubuhan Majlis Agama Islam Singapura dan pelantikan kadhi dalam menggerakkan mahkamah syariah di sana.

Pelbagai soalan telah diajukan oleh para peserta kepada YAA Tuan Alfian seperti hak jagaan anak, isu perkahwinan tanpa kebenaran, kes poligami, serahan saman dan sebagainya.

Untuk rekod, YAA Tuan Alfian merupakan Graduan Jurusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan dilantik menjawat jawatan Senior Presiden (Syariah Court) Singapura pada tahun 2015.

Siri ceramah kali ini disertai seramai hampir 200 orang peserta dan siri seterusnya dijangka akan diadakan pada 3 Julai 2020 ini melibatkan Justice Judith Ryan, Hakim Mahkamah Rayuan (Bahagian Kekeluargaan) dan Mrs. Leisha Lester (CEO Family Court Australia).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *