fbpx

Bersara Setelah 35 Tahun Berkhidmat

YBhg Dato Abdul Aziz bin Che Yacob, JAKIM bersara mulai hari ini setelah menabur khidmat bakti selama 35 tahun sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam bersama JAKIM

Majlis meraikan ketipan kad terakhir beliau sebagai penjawat awam diadakan pada petang tadi secara sederhana dengan mematuhi SOP PKPB bertempat di lobi Blok A, Kompleks Islam Putrajaya. Hadir meraikan majlis ialah Datuk Paimuzi bin , Ketua Pengarah JAKIM, serta pengarah dan warga JAKIM

Ketika berucap dalam majlis tersebut, YBhg Datuk Abdul Aziz bin Che Yacob menzahirkan penghargaan beliau kepada pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga JAKIM atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam bersama JAKIM.

Beliau yang memulakan perkhidmatan pada 3 Disember 1984 bersara pada hari ini 20 Julai 2020, genap 35 tahun perkhidmatan sebagai penjawat awam. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah ditempatkan di pelbagai bahagian dan jabatan termasuk di JAWI dan JAKIM. Perkhidmatan terakhir beliau ialah sebagai Pegawai Agama Istana Negara.

Semoga jasa dan sumbangan beliau untuk agama, bangsa dan negara menjadi amal kebaikan buat beliau jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *