Sedikit kemaskini perkembangan terkini berhubung fahaman Ibu Yati untuk makluman rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) kali ke-118 pada 17 Februari 2021 bertempat di Kompleks Islam Putrajaya telah mendengar laporan berkenaan fahaman Ibu Yati yang dibentangkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Hasil resolusi Muzakarah termasuk keputusan perbincangan fahaman Ibu Yati telah disembah maklum kepada Majlis Raja Raja untuk perhatian selanjutnya.

Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada JAIS selaku pihak berkuasa agama negeri atas kerjasama yang utuh dalam memelihara akidah umat Islam.

Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama pihak berkuasa agama negeri sentiasa berganding bahu dalam memastikan isu-isu membabitkan penyelewengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah dapat diatasi dengan sebaiknya.