52 ORANG PEGAWAI PENYELIDIK BAHARU DI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

0
339
52 ORANG PEGAWAI PENYELIDIK BAHARU DI PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
Sekitar 24 tahun lalu, saya dijemput ke United Kingdom untuk menyampaikan kuliah kepada para pelajar Malaysia di sana. Salah seorang urusetianya adalah anak muda polos yang saya kenali sebagai Ustaz Luqman bin Abdullah.
 
Saya pernah bermalam di rumahnya di Edinburgh, Scotland pada ketika itu. Tahun 1996 namun masih segar dalam ingatan. Hari ini, beliau menyambung legasi yang saya tinggalkan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
 
Alhamdulillah, usaha yang saya perjuangkan selama lebih 2 tahun semasa menjadi Mufti Wilayah Persekutuan, kini berhasil. Pelantikan 53 orang Pegawai Penyelidik melalui skim Contract of Servce (COS) ini adalah satu catatan sejarah bagi institusi kefatwaan di Malaysia.
 
Penyelidikan kefatwaan di Malaysia perlu pantas dan terkehadapan, seiring dengan keperluan semasa. Maka, pelaburan yang besar perlu diberikan khususnya kepada sumber manusia iaitu tenaga pakar dan penyelidik yang berkualiti tinggi.
 
Kerajaan akan memastikan institusi kefatwaan di Malaysia terus diperkasakan agar ia benar-benar menjadi badan berautoriti yang boleh menjadi rujukan di peringkat global. Insya-Allah, usaha ini akan dikembangkan ke peringkat negeri-negeri.
 
Terima kasih Sahibus Samahah Dr. Luqman bin Abdullah atas kesungguhan merealisasikan usaha saya 2 tahun lalu. Semoga diberi kekuatan untuk mentadbir dengan penuh amanah!