fbpx

Bantuan #MusaadahKhasSiswa ke UKM

Selepas menyampaikan bantuan kepada siswa UiTM Shah Alam, saya menuju ke UKM bagi menyampaikan bantuan melalui misi #MusaadahKhasSiswa. Terima kasih saya ucapkan kepada YBhg. Ustaz Nasruddin Hassan, YDP YADIM yang turun bersama-sama sukarelawan YADIM dan Rakan Siswa YADIM bagi mempermudahkan urusan program di UKM.

Penghargaan juga ditujukan kepada Prof. Ir. Dato’ Dr. Othman A. Karim, TNC HEPA UKM yang mewakili NC menyambut ketibaan saya. Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah JPM komited untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa. Misi #MusaadahCOVID19 yang sudah menyalurkan RM353 juta kepada 10 kelompok sasar di seluruh Malaysia akan diteruskan sehingga keadaan benar-benar pulih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *