fbpx

ڤرتنديڠن خط ڤريڠكت اوسها ممرتبتكن توليسن جاوي

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil inisiatif menyahut seruan kerajaan dalam memartabatkan tulisan Jawi menerusi penganjuran Pertandingan Khat Peringkat MAIWP.

Pertandingan ini disertai oleh warga MAIWP dan warga syarikat milik MAIWP daripada pelbagai latar pendidikan dan kerjaya dan bukan hanya disertai oleh mereka dari latar belakang pendidikan agama.

Pada pertandingan ini, peserta perlu menjawab beberapa soalan. Soalan pertama ialah peserta diberikan ayat Al-Quran yang wajib ditulis dalam khat Thuluth. Manakala soalan kedua pula mereka diberikan ayat Bahasa Melayu dalam perkataan rumi dan peserta hendaklah menulisnya dalam tulisan jawi mengikut seni khat samaada dalam tulisan Nasakh, Raka’ah, Parsi, Diwani dan Kufi.

Hadiah wang tunai berjumlah keseluruhan RM7,000 ditawarkan dalam pertandingan ini di mana pertandingan ini dibuat dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita. Johan daripada setiap kategori akan menerima RM1,000, Naib Johan RM750 dan tempat ketiga RM500. Manakala saguhati sebanyak RM250 akan diberikan kepada 5 orang bagi setiap kategori.

Selain warga MAIWP, pertandingan ini turut disertai kakitangan syarikat milik MAIWP seperti Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur, Hospital PUSRAWI dan Pusat Pungutan Zakat MAIWP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *